Super Pawers Animal Clinic

Alamat Klinik

SUPER PAWERS ANIMAL CLINIC

21, Jalan Setia Perdana BD U13/BD,
Setia Alam, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Blog & Tips

Tips Cara Menjaga & Melebatkan Bulu Kucing

Super Pawers Animal Clinic

Meskipun kebanyakan kucing suka keluar meneroka, tapi ia masih akan berusaha untuk memastikan bulunya kekal terjaga, yakni dengan jilatannya untuk membuang sebarang kotoran dan bulu-bulu yang lusuh daripada kulitnya.

Memandangkan perapian merupakan satu proses yang penting dalam kehidupan seharian si manja, sebagai pemilik kucing, anda juga boleh menawarkan bantuan kepada si manja dalam bab ini. Pendekatan tersebut bukan sahaja dapat memelihara kecantikan dan kesihatan bulu kucing anda, tapi juga merapatkan lagi hubungan yang anda kongsi dengan si manja.

Tambahan lagi, kucing juga mempunyai sifat manja yang tinggi, dan aktiviti perapian bantuan ini pastinya dapat membuat kucing anda bertambah sayang.

Perlukah kucing dirapikan selalu?

Perapian merupakan satu proses yang mustahak dalam kehidupan seharian kucing. Bukan sahaja menjadi satu cara nak melebatkan bulu kucing yang efektif, tapi juga aktiviti sosial yang penting dalam kalangan kucing. Kucing-kucing yang saling merapikan diri akan menunjukkan persefahaman, persahabatan, kasih sayang dan kepercayaan sesamanya.

Bagi ibu kucing pula, ia dapat membina kepercayaan dengan anak-anaknya yakni dengan menjilat, selain membantu ia mengecam anak-anak miliknya. Rata-rata anak kucing akan membawa tabiat menjilat ini sebagai simbol kasih sayang dan persahabatan sehingga usia dewasa, malah ia juga akan menjilat orang-orang yang disayanginya.

Tambahan lagi, aktiviti perapian turut memainkan peranan yang penting dalam aspek kesihatan kucing, kerana ia dapat menghilangkan kotoran dan keladak yang terkumpul, di samping bulu-bulu yang telah kusut dan gugur, yang boleh menjurus kepada serangan bakteria jika tidak ditangani.

Kebanyakan baka kucing berbulu pendek dapat membuang bulu gugur dan sel tisu mati dengan mudah yakni dengan menjilat dirinya, bagaimanapun, kucing dengan bulu yang panjang lazimnya memerlukan perhatian khas daripada pemilik kucing dalam bab perapian. Ini adalah kerana baka kucing berbulu panjang lebih kerap mengalami proses pelucutan bulu dan tanpa sengaja akan menelan bulu yang gugur, lalu memuntahkan bulu-bulu tersebut dalam bentuk gumpalan.

Jadi, sebagai pemilik kucing, anda boleh memberi bantuan kepada kucing berbulu panjang asalkan ia selesa untuk disentuh. Jika si manja anda tidak menyenangi sentuhan, anda boleh merapikannya sekali-sekala dengan memberus bulunya.

Penjagaan kucingkucing bulu lebatlebatkan bulu kucing

4 Komen

Kami tidak bertanggungjawab kepada komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik komen. Anda dilarang untuk menulis komen berunsur spam, bersifat kasar, menyakitkan hati, menghasut, lari dari topik dan perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Terima kasih dan kami menghargai kerjasama anda.

  1. -

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

    • -

      Testing komen reply pendek

      • Mohd Rasul
        -

        testing reply panjang. Kami tidak bertanggungjawab kepada komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik komen.

        Anda dilarang untuk menulis komen berunsur spam, bersifat kasar, menyakitkan hati, menghasut, lari dari topik dan perkara-perkara yang melanggar undang-undang.

  2. Mohd Rasul
    -

    Kami tidak bertanggungjawab kepada komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya pemilik komen. Anda dilarang untuk menulis komen berunsur spam, bersifat kasar, menyakitkan hati, menghasut, lari dari topik dan perkara-perkara yang melanggar undang-undang.

Buat Komen

Nota: Email anda tidak akan dipaparkan. Ruangan * wajib diisi.